"BRIDGING GAPS, UNLEASHING POTENTIAL"
Yang Berbahgia Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim
Perutusan Pengerusi SADA
Bismillahirrahmannirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman web Sri Aman Development Agency (SADA) ini.
Penubuhan SADA telah diilhamkan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pada 19 Januari 2020.
Sejak pengumuman berkenaan, SADA memulakan langkahnya dengan menyusun rancangan pembangunan dengan mengambil kira potensi yang ada di seluruh kawasan pentadbirannya.
Justeru itu, laman web ini ditubuhkan bagi berkongsi perkembangan serta aktiviti-aktiviti SADA pada masa akan datang.
Laman web ini juga merupakan salah satu medium penghubung antara pihak pentadbiran SADA dan juga masyarakat luar khususnya masyarakat di Bahagian Sri Aman.
SADA akan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa pengunjung akan mendapatkan maklumat khususnya berkenaan dengan pembangunan Bahagian Sri Aman dengan mudah dan cepat.
Saya juga berharap semoga laman web ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna kepada para pengunjung.
Segala cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini adalah sangat dialu-alukan untuk manfat semua pihak.
Akhir kata, saya mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman web ini.
Terima kasih.