Kenali SADA

Penubuhan Sri Aman Development Agency (SADA) telah dicadangkan pada 19  Januari 2020 semasa “Randau Pemimpin” bersama YAB Ketua Menteri, wakil  rakyat tempatan dan pihak pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri. Semasa  “Majlis Makan Malam Bersama Rakyat” pada 19 Januari 2020, YAB Ketua  Menteri telah mengumumkan penubuhan SADA secara rasmi dan beliau telah  melantik YB Dato Sri Hajah Rohani Binti Abdul Karim sebagai Pengerusi SADA.

Pada 4 Jun 2020, satu perbincangan antara YB Dato Sri Hajah Rohani Binti  Abdul Karim bersama YAB Ketua Menteri telah diadakan dimana YAB Ketua  Menteri bersetuju untuk menukar nama SADA dari Sri Aman Development  Area kepada Sri Aman Development Agency.

 

 

download.png

PETA LAMAN

Maklumat selanjutnya boleh didapati di sini. Klik butang di bawah.


"BRIDGING GAPS, UNLEASHING POTENTIAL"

Yang Berbahgia Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim

 

Perutusan Pengerusi SADA

Bismillahirrahmannirahim.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman web Sri Aman Development Agency (SADA) ini.

Penubuhan SADA telah diilhamkan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pada 19 Januari 2020.

Sejak pengumuman berkenaan, SADA memulakan langkahnya dengan menyusun rancangan pembangunan dengan mengambil kira potensi yang ada di seluruh kawasan pentadbirannya.

Justeru itu, laman web ini ditubuhkan bagi berkongsi perkembangan serta aktiviti-aktiviti SADA pada masa akan datang.

Laman web ini juga merupakan salah satu medium penghubung antara pihak pentadbiran SADA dan juga masyarakat luar khususnya masyarakat di Bahagian Sri Aman.

SADA akan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa pengunjung akan mendapatkan maklumat khususnya berkenaan dengan pembangunan Bahagian Sri Aman dengan mudah dan cepat.

Saya juga berharap semoga laman web ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna kepada para pengunjung.

Segala cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini adalah sangat dialu-alukan untuk manfat semua pihak.

Akhir kata, saya mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman web ini.

Terima kasih.

Misi Kami

Memajukan pembangunan  sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat Bahagian Sri Aman

Visi Kami

Kearah Bahagian yang maju dalam sosio-ekonomi pada tahun 2030

 

Sri Aman Development Agency

Highlights

Lihat Semua