- Penubuhan SADA telah dicadangkan pada 19 Januari 2020 semasa “Randau Pemimpin” bersama YAB Ketua Menteri, wakil rakyat tempatan dan pihak pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri.
- Diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada 19 Januari 2020 semasa Majlis Makan Malam bersama Rakyat
- Dimaklumkan dalam ucapan YAB Ketua Menteri semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri (SDCCM) Bil.1/2020 pada 20 Januari 2020.
- Penubuhan Jawatankuasa Pemandu SADA dan empat (4) Jawatankuasa Kerja.
- Bengkel Pertama (Aspirasi Rakyat) telah diadakan pada 1-3 Julai 2020 untuk mendapatkan cadangan projek di Bahagian Sri Aman. Bengkel Kedua telah diadakan pada 15-17 Julai 2020 untuk menghasilkan SADA Development Plan 2021-2030
- Sri Aman Master Plan Study 2020-2030 dilaksanakan untuk menentukan arah tuju dan fokus pembangunan Bahagian Sri Aman
- Penubuhan SADA telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 15 Oktober 2020
- Majlis Pelancaran SADA telah diadakan pada 21 Oktober 2021