Sarawak ID | Register

Sri Aman Development Agency

Bridging Gaps, Unleashing Potentials

Polls
Announcements

Kenali SADA

Kenali SADA

Penubuhan Sri Aman Development Agency (SADA) telah dicadangkan pada 19  Januari 2020 semasa “Randau Pemimpin” bersama YAB Ketua Menteri, wakil  rakyat tempatan dan pihak pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri. 

Semasa  “Majlis Makan Malam Bersama Rakyat” pada 19 Januari 2020, YAB Ketua  Menteri telah mengumumkan penubuhan SADA secara rasmi dan beliau telah  melantik YB Dato Sri Hajah Rohani Binti Abdul Karim sebagai Pengerusi SADA.

Pada 4 Jun 2020, satu perbincangan antara YB Dato Sri Hajah Rohani Binti  Abdul Karim bersama YAB Ketua Menteri telah diadakan dimana YAB Ketua  Menteri bersetuju untuk menukar nama SADA dari Sri Aman Development  Area kepada Sri Aman Development Agency.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 15 Oktober 2020 telah meluluskan penubuhan SADA dengan beberapa kelulusan lain seperti berikut:

  1. Peruntukan pembangunan sebanyak RM1.5 Billion (pembiayaan alternatif);
  2. Sembilan (9) perjawatan (Gred 29-48); dan 
  3. Peruntukan Operasi sebanyak RM2.5 juta (2021)

Kerajaan Negeri juga telah meluluskan Kajian Pelan Induk Sri Aman untuk dilaksanakan. Kajian ini penting dalam menentukan hala tuju perancangan pembangunan di Bahagian Sri Aman bagi jangkamasa 10 tahun (2021-2030).

Learn More