| SADA Anjur Taklimat Perkukuh Prosedur Pertapakan Projek Pembangunan Di Sri Aman |
|
Tarikh : 16 Jan 2026 Sumber Berita: Bilik Berita Cats |
|
KUCHING – Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) menganjurkan Taklimat Prosedur Permohonan Pertapakan Projek dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi memastikan projek pembangunan di Sri Aman dilaksanakan dengan lebih lancar, cekap, dan tersusun. Pengerusinya, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, berkata isu permohonan pertapakan bukan sahaja menjejaskan projek SADA, malah turut dihadapi oleh agensi lain. Katanya, kekangan seperti pematuhan prosedur, keperluan dokumentasi, dan ketidakjelasan proses boleh menjejaskan tempoh pemprosesan serta jadual pelaksanaan projek. Ujarnya lagi, taklimat tersebut memberi platform untuk perkongsian maklumat, penyelarasan proses, dan perbincangan terbuka bagi menangani persoalan atau kekeliruan berkaitan pertapakan. Beliau menambah bahawa kefahaman bersama yang dicapai melalui sesi ini diharap dapat diterjemahkan kepada proses permohonan pertapakan yang lebih lancar, cekap, dan tersusun, sekali gus mempercepat pelaksanaan projek demi kesejahteraan masyarakat di Sri Aman. Dato’ Sri Rohani berkata demikian pada Taklimat Prosedur Permohonan Pertapakan Projek yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Khamis. |