Sarawak ID | Register

Sri Aman Development Agency

Bridging Gaps, Unleashing Potentials

Polls
Announcements

News & Updates

Mesyuarat Penyelarasan Projek Rehat&Rawat (R&R) Sri Aman
Tarikh : 14 Aug 2026  Sumber Berita: Facebook Rasmi ADUN N.28 Lingga
 
Jumaat | 14 Ogos 2026
YB Puan Dayang Noorazah Awang Sohor telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Projek Rehat dan Rawat (R&R) Sri Aman bersama pegawai Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Jabatan Kerja Raya (JKR) HQ serta pihak perunding bagi membincangkan perkembangan semasa dan penyelarasan berkaitan pelaksanaan projek tersebut.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada status terkini projek, aspek teknikal, perancangan reka bentuk, pelaksanaan serta tindakan susulan yang memerlukan penyelarasan antara semua pihak berkaitan.
Dalam perbincangan tersebut, YB Dayang Noorazah turut mengetengahkan aspirasi agar R&R Sri Aman dibangunkan dengan konsep yang moden, futuristik dan mesra pengguna, serta tidak hanya berfungsi sebagai lokasi persinggahan biasa.
Antara perkara yang diberi perhatian ialah perancangan landskap dan ruang santai serta kawasan yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan persekitaran termasuk Jambatan Batang Lupar 2, selain penyediaan kemudahan masa hadapan seperti stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV).
YB Dayang Noorazah turut mencadangkan agar menghasilkan reka bentuk yang lebih inovatif dan bersesuaian dengan pembangunan Sri Aman pada masa hadapan.
Hasratnya adalah supaya R&R Sri Aman bukan sekadar menjadi tempat untuk berhenti dan berehat, tetapi dapat berkembang sebagai sebuah destinasi persinggahan yang mempunyai daya tarikan tersendiri, selesa untuk pengguna jalan raya serta berpotensi menyokong aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat.
YB Dayang Noorazah turut merakamkan penghargaan kepada SADA, JKR HQ, pihak perunding serta semua pihak berkepentingan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Beliau berharap usaha dan kerjasama erat ini dapat diteruskan bagi memastikan Projek R&R Sri Aman dapat direalisasikan dengan sebaiknya. 