Sarawak ID | Register

Sri Aman Development Agency

Bridging Gaps, Unleashing Potentials

Polls
Announcements

News & Updates

Malcolm Sokong Penyelarasan SADA- SEB Demi Pembangunan Batang Ai
Tarikh : 12 Feb 2026  Sumber Berita: Bilik Berita CATS
 

 

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, memberi penekanan serius terhadap setiap perancangan pembangunan di kawasan Batang Ai dan menyokong penuh inisiatif yang membawa manfaat kepada rakyat.
Menurut beliau, setiap projek yang dirancang perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu agar dapat memberikan impak positif yang jelas kepada komuniti setempat.
Beliau turut menyokong langkah penyelarasan antara Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi mengelakkan pertindihan pelaksanaan projek serta memastikan setiap usaha pembangunan saling melengkapi, selaras dengan agenda pembangunan mampan di Bahagian Sri Aman.
Sebagai wakil rakyat Batang Ai, beliau menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama erat dengan agensi pelaksana serta pihak berkepentingan bagi memastikan semua projek dapat direalisasikan secara teratur dan memenuhi keperluan sebenar rakyat.
Datuk Dr Malcolm berharap kerjasama strategik tersebut mampu mewujudkan lebih banyak peluang pembangunan, meningkatkan taraf hidup penduduk serta merangsang pertumbuhan ekonomi di Batang Ai.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Taklimat Perancangan Pembangunan antara SADA dan SEB yang berlangsung di Kuching, hari ini.