Sarawak ID | Register

Sri Aman Development Agency

Bridging Gaps, Unleashing Potentials

Polls
Announcements

News & Updates

Prinsip Belajar Sepanjang Hayat Wajar Diamalkan- Rohani
Tarikh : 01 Nov 2025  Sumber Berita: Bilik Berita CATS
 

SRI AMAN – Setiap individu disaran mengamalkan prinsip belajar sepanjang hayat bagi melahirkan masyarakat berilmu, yakin dan berdaya saing.
Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar), Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, pembelajaran tidak seharusnya berhenti selepas tamat sekolah atau universiti, sebaliknya perlu diteruskan melalui pengalaman kerja, pembacaan dan penggunaan teknologi digital.
Rohani yang kini menyambung pengajian Doctor of Business Administration (DBA) di UNIMAS berkata, semangat anak-anak mendorong beliau untuk terus belajar walaupun sibuk bekerja.
Beliau turut menerima Anugerah Dekan dengan PNGK 4.0 bagi dua semester berturut-turut atas kecemerlangannya dalam pengajian tersebut.
Rohani yang juga Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA) memaklumkan sebanyak 90 peratus peruntukan SADA telah digunakan bagi melaksanakan 80 projek pembangunan di Bahagian Sri Aman, termasuk pembinaan kemudahan pelancongan dan pusat latihan kemahiran.