SADA-UKAS Jalin Kerjasama Erat, Tumpu Pembangunan Bahagian Sri Aman |
Tarikh : 17 Jun 2025 Sumber Berita: Facebook SADA |
Kenyataan Media
Sri Aman Development Agency (SADA)
SADA – UKAS JALIN KERJASAMA ERAT, TUMPU PEMBANGUNAN BAHAGIAN SRI AMAN
Pada hari ini, 17 Jun 2025, Selasa, Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA), Dato Sri Hajah Rohani Karim bersama Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Mahra Bin Salleh merangkap Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA telah menerima jemputan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bagi tujuan rakaman dan sesi temubual bertajuk “Menelusuri Peranan SADA dalam Mentransformasi Pembangunan Sri Aman”. Untuk makluman, sesi rakaman ini akan disiarkan pada hari Rabu 18 Jun 2025 di saluran Youtube rasmi UKAS.
Berkesempatan ini, Pengerusi SADA telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengarah UKAS Sarawak, Encik Awang Putrayusrie Bin Awang Redzuan atas jemputan ini. Ujar beliau, sesi ini secara tidak langsung akan membantu mempromosi nama dan peranan agensi pembangunan ini kepada masyarakat, agensi dalam serta luar Sarawak. Selain itu, Pengerusi SADA turut memaklumkan bahawa UKAS memiliki peranan yang sangat penting untuk menyebarluas seterusnya mempromosikan segala perancangan pembangunan dan program yang akan diadakan di Bahagian Sri Aman khasnya Pesta Benak agar mendapat liputan yang lebih meluas. Pengerusi SADA juga berharap agar usaha sama ini akan berkekalan dan pihak beliau akan terus komited untuk berkolaborasi bersama pihak UKAS.
Sehubungan itu, Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Mahra Bin Salleh turut menegaskan bahawa sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA, beliau akan terus giat menyokong pembangunan di Sri Aman khususnya di bawah seliaan SADA demi kemajuan pembangunan yang pesat di Bahagian Sri Aman. Perancangan Pembangunan di Bahagian Sri Aman adalah berpandukan Sri Aman Masterplan 2020-2030 dan SADA Development Plan 2021-2030 selain menyokong aspirasi Post Covid Development Strategy 2030.
Turut hadir sama adalah, Encik Alfred Geling anak Ason, Pegawai Tadbir Khas SADA, Encik Anwar Hanafi Bin Ardimansyah, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Pembangunan Masyarakat UKAS, Encik Zaidil Bin Ripin, Pegawai UKAS Bahagian Sri Aman, pegawai-pegawai UKAS dan sekretariat SADA.
Kenyataan Media Sri Aman Development Agency (SADA) SADA – UKAS JALIN KERJASAMA ERAT, TUMPU PEMBANGUNAN BAHAGIAN SRI AMAN Pada hari ini, 17 Jun 2025, Selasa, Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA), Dato Sri Hajah Rohani Karim bersama Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Mahra Bin Salleh merangkap Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA telah menerima jemputan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bagi tujuan rakaman dan sesi temubual bertajuk “Menelusuri Peranan SADA dalam Mentransformasi Pembangunan Sri Aman”. Untuk makluman, sesi rakaman ini akan disiarkan pada hari Rabu 18 Jun 2025 di saluran Youtube rasmi UKAS. Berkesempatan ini, Pengerusi SADA telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengarah UKAS Sarawak, Encik Awang Putrayusrie Bin Awang Redzuan atas jemputan ini. Ujar beliau, sesi ini secara tidak langsung akan membantu mempromosi nama dan peranan agensi pembangunan ini kepada masyarakat, agensi dalam serta luar Sarawak. Selain itu, Pengerusi SADA turut memaklumkan bahawa UKAS memiliki peranan yang sangat penting untuk menyebarluas seterusnya mempromosikan segala perancangan pembangunan dan program yang akan diadakan di Bahagian Sri Aman khasnya Pesta Benak agar mendapat liputan yang lebih meluas. Pengerusi SADA juga berharap agar usaha sama ini akan berkekalan dan pihak beliau akan terus komited untuk berkolaborasi bersama pihak UKAS. Sehubungan itu, Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Mahra Bin Salleh turut menegaskan bahawa sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA, beliau akan terus giat menyokong pembangunan di Sri Aman khususnya di bawah seliaan SADA demi kemajuan pembangunan yang pesat di Bahagian Sri Aman. Perancangan Pembangunan di Bahagian Sri Aman adalah berpandukan Sri Aman Masterplan 2020-2030 dan SADA Development Plan 2021-2030 selain menyokong aspirasi Post Covid Development Strategy 2030. Turut hadir sama adalah, Encik Alfred Geling anak Ason, Pegawai Tadbir Khas SADA, Encik Anwar Hanafi Bin Ardimansyah, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Pembangunan Masyarakat UKAS, Encik Zaidil Bin Ripin, Pegawai UKAS Bahagian Sri Aman, pegawai-pegawai UKAS dan sekretariat SADA. |