News & Updates

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bil.1/2025
Tarikh : 25 Mar 2025  Sumber Berita: Facebook SADA
 
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA yang pertama untuk tahun 2025 telah diadakan di Raia Hotel and Convention Centre Kuching pada 25 Mac 2025. Mesyuarat bertujuan untuk memberi keputusan berkenaan pindaan projek, cadangan projek baru, dan menerima laporan kemajuan dan prestasi projek.

Terdapat dua (2) buah projek baru telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu yang menjadikan senarai keseluruhan projek SADA berjumlah 79 buah projek iaitu;
1. Proposed Construction of Multipurpose Community Hall at Seduku Panjai, Lingga Sri Aman Division; dan
2. ⁠Land Acquisition for Lingga New Administrative Centre and State Government Quarters Lingga.

Setakat Mac 2025, dilaporkan sebanyak 9 buah projek di bawah SADa telah siap pelaksanaanya iaitu;
1. Proposed Renovation and Upgrading works for the Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Training Centre in Sri Aman;
2. Flood Mitigation at Kejamut Area Package A, B, C dan D;
3. Development of Orangutan River-Side Observatory Huts at Batang Ai Ecotourism Complex, Lubok Antu;
4. Development of Ranger Station / Post at Ulu Batang Ai;
5. Preliminary Works for Proposed Empelanjau Munggu Road, Sri Aman Division; dan
6. Wong Enseluai Glamping Site Fasa 1 (Kerja-kerja Awalan).

YBhg Pengerusi berharap projek-projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah dirancang.

Selain itu, Sarawak Multimedia Authority (SMA) juga telah dijemput bagi memberikan taklimat ringkas berhubung pembangunan Smart City yang boleh diadaptasi di Bandar Simanggang terlebih dahulu dan akan dikembangkan ke kawasan lain di Bahagian Sri Aman. Dengan adanya lampu isyarat pintar ataupun STILE, ianya menjadi batu lonjakan bagi Bandar Simanggang untuk mendapatkan penarafan Tahap 1 (Early Adopter) smart city.

Mesyuarat juga turut dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu SADA seperti
1. YBhg Datuk Amar Jaul Samion
2. YB Datuk Francis Harden Hollis (ADUN N.32 Simanggang)
3. YB Datuk Snowdan Lawan (ADUN N.30 Balai Ringin)
4. YB Datuk Mong Dagang (ADUN N.31 Bukit Begunan)
5. YB Puan Dayang Noorazah bte Awang Sohor (ADUN N.28 Lingga)
6. YB Dato' Sri Dorris Sophia Brodi (Ahli Parlimen P.202 Sri Aman)
7. YB Tuan Roy Angau Gingkoi (Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu)
8. YBrs Tuan Mahra Bin Salleh (Residen Bahagian Sri Aman)

Akhir sekali, YBhg Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua.