Lawatan Kunjungan Hormat SADA ke Sarawak Multimedia Authority (SMA) |
Tarikh : 20 Mar 2025 |
19 Mac 2025
Lawatan Kunjungan Hormat SADA ke Sarawak Multimedia Authority (SMA)
Lawatan kunjungan hormat diketuai oleh Pengerusi SADA, Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim dan disertai oleh Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Mahra Salleh, Pegawai Tadbir Khas SADA, Encik Alfred Geling Ason dan beberapa pegawai SADA.
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk membina kerjasama antara SMA dan SADA dan membincangkan mengenai beberapa perkara yang boleh diadaptasi di Bandar Simanggang berhubung pembangunan Smart City selari dengan matlamat PCDS 2030.
Hasil daripada sesi ini, SMA memaklumkan Penarafan Smart City mempunyai 4 tahap dimana setiap tahap mempunyai kriteria yang tersendiri. Dalam konteks Sri Aman, kita berpotensi untuk mendapat Tahap 1 (Smart City Early Adopter) sekiranya kriteria-kriterianya dapat dicapai. Residen memaklumkan bahawa beberapa kriteria telah diadaptasi di Bandar Simanggang, sebagai contoh, Smart Traffic Light dan command centre dan pasti bahawa menjadikan Simanggang sebagai smart city boleh direalisasikan satu masa nanti.
Pengurus Besar SMA, Dato Dr. Anderson Tiong Ing Heng, berbesar hati untuk menjemput SADA ke bengkel pembangunan Smart City yang dijadualkan pada April 2025 dan Pengerusi SADA turut menjemput SMA untuk memberikan taklimat Smart City semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bil.1/2025 pada 25 Mac 2025 yang akan datang
|