| Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bil.1/2025 Tarikh: 25 Mar 2025 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA yang pertama untuk tahun 2025 telah diadakan di Raia Hotel and Convention Centre Kuching pada 25 Mac 2025. Mesyuarat bertujuan untuk memberi keputusan berkenaan pindaan projek, cadangan projek baru, dan menerima laporan kemajuan dan prestasi projek.
Terdapat dua (2) buah projek baru telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu yang menjadikan senarai keseluruhan projek SADA berjumlah 79 buah projek iaitu;
1. Proposed Construction of Multipurpose Community Hall at Seduku Panjai, Lingga Sri Aman Division; dan
2. Land Acquisition for Lingga New Administrative Centre and State Government Quarters Lingga.
Setakat Mac 2025, dilaporkan sebanyak 9 buah projek di bawah SADa telah siap pelaksanaanya iaitu;
1. Proposed Renovation and Upgrading works for the Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Training Centre in Sri Aman;
2. Flood Mitigation at Kejamut Area Package A, B, C dan D;
3. Development of Orangutan River-Side Observatory Huts at Batang Ai Ecotourism Complex, Lubok Antu;
4. Development of Ranger Station / Post at Ulu Batang Ai;
5. Preliminary Works for Proposed Empelanjau Munggu Road, Sri Aman Division; dan
6. Wong Enseluai Glamping Site Fasa 1 (Kerja-kerja Awalan).
YBhg Pengerusi berharap projek-projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah dirancang.
Selain itu, Sarawak Multimedia Authority (SMA) juga telah dijemput bagi memberikan taklimat ringkas berhubung pembangunan Smart City yang boleh diadaptasi di Bandar Simanggang terlebih dahulu dan akan dikembangkan ke kawasan lain di Bahagian Sri Aman. Dengan adanya lampu isyarat pintar ataupun STILE, ianya menjadi batu lonjakan bagi Bandar Simanggang untuk mendapatkan penarafan Tahap 1 (Early Adopter) smart city.
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu SADA seperti
1. YBhg Datuk Amar Jaul Samion
2. YB Datuk Francis Harden Hollis (ADUN N.32 Simanggang)
3. YB Datuk Snowdan Lawan (ADUN N.30 Balai Ringin)
4. YB Datuk Mong Dagang (ADUN N.31 Bukit Begunan)
5. YB Puan Dayang Noorazah bte Awang Sohor (ADUN N.28 Lingga)
6. YB Dato' Sri Dorris Sophia Brodi (Ahli Parlimen P.202 Sri Aman)
7. YB Tuan Roy Angau Gingkoi (Ahli Parlimen P.203 Lubok Antu)
8. YBrs Tuan Mahra Bin Salleh (Residen Bahagian Sri Aman)
Akhir sekali, YBhg Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. |
| | Pra Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bil.1/2025 Tarikh: 19 Mar 2025 Gambar sekitar Pra Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bil.1/2025 yang telah diadakan di Bangunan LPPKN, Jalan Sultan Tengah, Kuching pada 19 Mac 2025. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SADA, YBhg Dato Sri Hajah Rohani Karim dan telah dihadiri oleh Residen Bahagian Sri Aman, PTK SADA dan sekretariat untuk setiap Jawatankuasa SADA iaitu MTCP, MFicord dan JKR Sarawak. |
| | Lawatan Kunjungan Hormat SADA ke Sarawak Multimedia Authority (SMA) Tarikh: 19 Mar 2025 19 Mac 2025
Lawatan Kunjungan Hormat SADA ke Sarawak Multimedia Authority (SMA)
Lawatan kunjungan hormat diketuai oleh Pengerusi SADA, Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim dan disertai oleh Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Mahra Salleh, Pegawai Tadbir Khas SADA, Encik Alfred Geling Ason dan beberapa pegawai SADA.
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk membina kerjasama antara SMA dan SADA dan membincangkan mengenai beberapa perkara yang boleh diadaptasi di Bandar Simanggang berhubung pembangunan Smart City selari dengan matlamat PCDS 2030.
Hasil daripada sesi ini, SMA memaklumkan Penarafan Smart City mempunyai 4 tahap dimana setiap tahap mempunyai kriteria yang tersendiri. Dalam konteks Sri Aman, kita berpotensi untuk mendapat Tahap 1 (Smart City Early Adopter) sekiranya kriteria-kriterianya dapat dicapai. Residen memaklumkan bahawa beberapa kriteria telah diadaptasi di Bandar Simanggang, sebagai contoh, Smart Traffic Light dan command centre dan pasti bahawa menjadikan Simanggang sebagai smart city boleh direalisasikan satu masa nanti.
Pengurus Besar SMA, Dato Dr. Anderson Tiong Ing Heng, berbesar hati untuk menjemput SADA ke bengkel pembangunan Smart City yang dijadualkan pada April 2025 dan Pengerusi SADA turut menjemput SMA untuk memberikan taklimat Smart City semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bil.1/2025 pada 25 Mac 2025 yang akan datang. |
| | Sesi Libat Urus Bersama Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) Tarikh: 11 Mar 2025 Sekretariat SADA diketuai oleh Pegawai Tadbir Khas SADA, Encik Alfred Geling Anak Ason telah hadir ke sesi libat urus bersama Head of Regional Development and Planning, Sarawak Economic Development Corporation (SEDC); Encik Nikk Adam Bin Haji Abdillah Kipalli di Menara SEDC, The Isthmus Kuching.
Perjumpaan ini berfokuskan kepada sektor pembangunan ekonomi sub-cluster keusahawanan. Antara input daripada sesi ini adalah bagaimana SEDC boleh berkolaborasi bersama pihak SADA di bawah sektor tersebut. Pihak SEDC juga bersedia untuk bersama pihak SADA dalam usaha menyokong usahawan dan peniaga di bahagian Sri Aman. SEDC juga berbesar hati sekiranya dapat dijemput hadir bersama di program SADA khususnya untuk berkongsi kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh SEDC kepada para usahawan di Bahagian Sri Aman semasa program Jerayawara/Roadshow SADA bersama komuniti pada tahun ini. |
| | Sesi Perbincangan Projek Tanaman Padi di Bahagian Sri Aman Tarikh: 07 Mar 2025 Gambar sekitar Sesi Perbincangan Projek Tanaman Padi di Bahagian Sri Aman bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 7 Mac 2025 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh YBhg. Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, Pengerusi SADA. Delegasi NAFAS diketuai oleh En. Aminuddin bin Salleh, Pengurus Kumpulan Pembangunan Perniagaan NAFAS |
| | Kunjungan Ke Maxis Business Innovation Centre, KLCC Tarikh: 24 Feb 2025 Kuala Lumpur, 24 Februari 2025
Kunjungan ke Maxis Business Innovation Centre, KLCC.
Kunjungan ini diketuai oleh Pengerusi SADA, Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim dan disertai oleh Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Mahra Salleh, Pegawai Tadbir Khas SADA, Encik Alfred Geling Ason dan 2 org sekretariat SADA.
Pihak Maxis telah berkongsi berkenaan perkhidmatan Maxis bagi meningkatkan transformasi digital yang berpeluang untuk di bawa dan diadaptasi ke SADA.
Pengerusi SADA berterima kasih kepada pihak Maxis kerana telah menjemput dan mengadakan sesi perkongsian berkenaan transformasi digital yang menarik ini dan akan mencari peluang untuk berkolaborasi bersama pihak Maxis pada masa akan datang.
Residen Bahagian Sri Aman juga memaklumkan bahawa kolaborasi bersama agensi luar seperti ini akan mendedahkan lagi pengetahuan dan membuka peluang membawa SADA ke arah transformasi digital selari dengan aspirasi Post Covid Development Strategy dan juga hala tuju kerajaan.
Berkesempatan ini, sebagai ketua delegasi kunjungan ini, Pengerusi SADA ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Maxis di atas jemputan dan hospitaliti kepada SADA. Antara pegawai daripada Maxis yang menganjurkan sesi ini kepada pihak SADA ialah :
Tn Azizul, Chief of Corporate Affairs
Pn Fasliza, Head of Government
Tn Azri, Head of State Government
Pn Ruby, Head of Enterprise Region, East Malaysia
En Fuad, Government Engagement
Pn Casandra, Public Sector Account Manager
Cik Ahmemah, IoT Solutions Architect
Cik Weng Yan, IoT Sales Solution
Pn Nur Syahanis, Voice & UC Solutions Architect
En Shazredzuan, Voice & US Sales Solution
En Terrence, MBIC Coordinator |
| | MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU SADA BIL.4/2024 Tarikh: 03 Dec 2024 Jawatankuasa Pemandu Sri Aman Development Agency (SADA) telah bermesyuarat untuk kali keempat
bagi tahun 2024 pada hari ini 3 Disember 2024 bertempat di 56 Hotel, Kuching. Mesyuarat kali ini
merupakan mesyuarat bagi mendapatkan kelulusan ahli Jawatankuasa Pemandu SADA bagi cadangan
projek-projek baru.
Sebanyak 15 projek merangkumi Sektor Pembangunan Infrastruktur, Pertanian, Ekonomi dan Sosial telah
dibentangkan dengan terperinci oleh agensi pelaksana masing-masing sebelum diputuskan untuk kelulusan.
9 daripada 15 cadangan projek dengan kos berjumlah RM48,052,000.00 telah diluluskan oleh Jawatankuasa
Pemandu SADA seperti berikut:
1. Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Sri Aman;
2. Projek Rumah Burung Walit;
3. Infrastructure Project (Farm Road) Rh. Temiling anak Ibai, Bintong, Lubok Antu;
4. Infrastructure Project (Farm Road) Kampung Abok, Pantu;
5. Infrastructure Project (Farm Road) Rh Jelema anak Gimang, Limau, Pantu;
6. Proposed 50 Units of Cottage Industry On Lot 1661, Block 2, Simanggang Town District, Sri Aman New
Township;
7. Preliminaries (Land Acquisition) New Administrative Centre Pantu;
8. Batu Lintang New Service Centre; dan
9. Projek Membina Dataran Kejat serta Riverbank Protection dan Kerja –kerja Berkaitan di Tebingan Sungai
Lingga.
Setakat Disember 2024, dilaporkan sebanyak 7 buah projek di bawah SADA telah siap pelaksanaannya, antaranya
ialah:
1. Kampus Sementara Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Cawangan Sri Aman
2. Tebatan banjir di kawasan Kejamut (Package A, B, C dan D)
3. Orangutan Observatory Hut di Komplek eko-Pelancongan Batang Ai
4. Cadangan Pemasangan Lampu Isyarat di Beberapa Persimpangan Utama Sepanjang Jalan Akses Sri Aman
(Q7)
Ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN dan Ahli Parlimen di Bahagian Sri Aman kerana telah berusaha bersama-sama Pejabat Residen dan Daerah dan semua agensi pelaksana dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pelaksanaan projek. Dengan adanya kerjasama ini, isu pelaksanaan projek dapat diselesaikan dan mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat |
| | MAJLIS PECAH TANAH JALAN GUNTONG-MENALANG, SRI AMAN Tarikh: 26 Nov 2024 Majlis pecah tanah bagi Cadangan Menaik Taraf Jalan Guntong-Menalang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Francis Harden Anak Hollis, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N32 Simanggang, di sini pagi tadi.
Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di bawah Klien iaitu Sri Aman Development Agency (SADA) ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM33,388,813.00 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan, iaitu pada 23 Januari 2026.
Skop kerja bagi projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan berturap sepanjang 5.26 km berdasarkan Standard JKR R3. Jalan utama bermula dari persimpangan Jalan Batu Lintang hingga ke Kampung Menalang A, B dan C sepanjang 3.64 km. Manakala, jalan cabang sepanjang 1.616 km pula akan menghubungkan Kampung Sungai Tenggak A, B dan C serta Kampung Lubok Ju.
Disamping itu, projek ini dijangka turut meningkatkan kualiti infrastruktur jalan raya, sekali gus memberi manfaat besar kepada penduduk setempat khususnya dari segi aksesibiliti dan pembangunan sosioekonomi kawasan.
Taklimat ringkas berkenaan projek tersebut telah disampaikan oleh Ir. Ts. Br. Minjo Anak Simanding, Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Sri Aman.
|
| | Majlis Pecah Tanah Tarikh: 06 May 2024 Projek Membina Jambatan Menyeberangi Sungai Undop di Kpg Beleti (Rh. Kedeney), Sabu, Sri Aman |
| | Sarawak Product Experience: Rumah Panjang oleh Sarawak Tourism Board Tarikh: 22 Sep 2021 Sarawak Product Experience: Rumah Panjang oleh Sarawak Tourism Board |
| | MENGENALPASTI TAPAK DI EKO-PELANCONGAN BATANG AI Tarikh: 21 Sep 2022 MENGENALPASTI TAPAK DI EKO-PELANCONGAN BATANG AI |
| | Pameran Pembangunan Sempena Pesta Benak 2022 Tarikh: 09 Sep 2022 Pameran Pembangunan Sempena Pesta Benak 2022 |
|
|