SARIKEI
Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) telah mengadakan satu lawatan penanda aras bersempena dengan penganjuran Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Sarikei yang berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos lalu.
Lawatan strategik ini bertujuan mengumpul maklumat, bertukar pandangan serta memetakan amalan terbaik (best practices), khususnya merangkumi aspek penyelarasan pameran pembangunan berasaskan agensi pembangunan wilayah. Langkah ini penting bagi memastikan pengisian dan perancangan Pameran Pembangunan SADA berjalan lancar menjelang Program Sarawakku Sayang Bahagian Sri Aman yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 September depan. |